Link Exchange Promotion

Friday, December 17, 2010

Simple manik utk Kak Julia..

Salam.
Simple je sbb Kak Julia nak cepat.. Dia nak pakai pegi kursus..

tangan je..


Cantik Tak?

Salam.
Baju ni Zue baru beli dari butik Dolly. Zue beli sbb berkenan kat sulam benang atas baju tu..
Cantik kan? Just nak share ngan kengkawan..

Sunday, December 12, 2010

Aktiviti di hujung minggu bersama keluarga..

Assalamualaikum wbt...

Hujung minggu yg lepas, kakak dan abang sekeluarga datang umah mak. So, kami plan nk pergi berkelah sama ada ke Lost World Tambun atau pun ke Hotsprings Sg Klah.. Tp, malangnya 2-2 tak jadi disebabkan cuaca yang tak mengizinkan.. takut pegi sana bayar mahal-mahal tapi mandi sekejap je sbb hujan.. So, last result kami pun pergilah berkelah ke Ulu Chepor.. Lagi best.. Bayar RM2 je dah boleh masuk.. Jom kawan-kawan..

 Pintu gerbang Ulu Chepor
Pelan Ulu Chepor di pintu masuk

Ha.. kan seronok mandi air semulajadi ciptaan Tuhan.. Sejukkkk...

Sambil mandi makan aiskrim roti...

Abang, adik dan anak-anak sedaraku termasuklah anak Zue sekali..
Happening and enjoy.. Jemputlah ke sini..

Thursday, December 9, 2010

Simple beading for Umi..

Salam.
 Enjoy the pics..

simple beading..

tangan dan bwh baju..

tangan je..

Saturday, November 20, 2010

Kelas Crumble bersama En Aziz di Seputeh Qaseh, Meru Raya

Assalamualaikum wbt..

Lambat upload post ni sbb byk sgt keje2 yang perlu di'settle'kan hujung tahun macam ni.
Maklumlah keje gomen..

Kelas Crumble bersama En Aziz ni berlangsung kat Ipoh je pada 20hb November yang lalu.

Ha.. tu dia.. Zue, Kak Jihan, Kak Long, Pak Yang (pemilik butik) dan En Aziz (cikgu)

Enjoy betul belajar crumble ni sampai tak perasan kena skodeng dek kamera En Aziz.. hahaha..

Zue dan Kak Jihan (dulu senior masa sekolah menengah), menunjukkan hasil crumble.

Ha.. ni geng kecoh and kelakor.. sepanjang kelas tak lekang ngan gelak ketawa.. tapi happening gile..

Bangga dah dapat sijil..



Antara hasil crumble oleh Zue.. Actually tak touch up habis lagi tuh..



Monday, November 15, 2010

Salam Aidiladha...

Tempahan dari Kak Aida


Enjoy the pcs.. sulam benang ngan manik ketupat...

Tuesday, November 9, 2010

Yang mana satu idaman kalbu???

Salam...
Just nak share ngan kengkawan, blogger semua.. Hari ni kami bertiga pakai baju tona.. Perasan tak? So Zue decide nak ambik gambar n share with u olls.. Kami bertiga ni kawan baik di pejabat.. so, buat apa-apa pun nak sama.. Lawa tak baju and orang-orangnya sekali? hehehe.. maaf, masuk bakul angkat sendiri.. Ada yang nak cari model tudung atau baju leh la kasitau... hikhikhik..

  Sue, Yatie and Zue...

Sunday, November 7, 2010

Hari Keluarga PDT Kuala Kangsar 2010 di Cameron Highlands

Assalamualaikum wbt...
Hari Keluarga bagi Jabatan husband kali ni berlangsung di Cameron Highlands iaitu pada 30 & 31hb Oktober yang lalu. Di kesempatan ini juga Zue dan husband decided untuk stay di sana selama 3 hari 2 malam terus sambung ke 1hb November. Saje bawak anak jalan-jalan makan angin.

Buku aturcara program.

Sempat bergambar dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Tiba di Cameron Highland betul-betul waktu maghrib. Bertolak pukul 3 lebih dari Ipoh tapi rupa-rupanya jalan jem hampir 2 jam disebabkan oleh Pasar Malam di pekan Brinchang betul-betul dkt dengan hotel Star Regency yang kami menginap tu. So, pengajarannya, jgn lah pegi ke Cameron Highlands pada hari Sabtu.. Jenuh nunggunye.. Sampai-sampai terus bersiap, solat maghrib. Malam acara diteruskan dengan dinner steamboat, karaoke, pakaian beragam kanak-kanak dan cabutan bertuah. Tapi malam tu tak bertuah pun kami sekeluarga sebab tak dapat hadiah pun..

Pagi sebelum acara bermula.. posing maut tak hingat..

Aiman dan Athirah masuk peraduan mewarna tapi tak menang sebab deme kena warna atas simen yang menggerutu kalau tak jawabnya Athirah lah pemenangnya sebab si kecik ni memang pandai mewarna..

Boring tunggu papa masuk banyak sangat acara, Zue bawak anak-anak ke taman permainan berdekatan. sambil main, hirup udara segar pagi. 

Ha.. tu dia.. acara bola sepak kain pelikat lawan kain batik.. hehehe.. husband group kain pelikat menang la apalagi..

Petang bila semua dah balik, kami sekeluarga masih menetap di sini satu malam lagi. Kami check in di Hotel Rossa Pasadena. Dalam pukul 4 lebih lepas asar, bawak anak-anak ke Big Red Strawberry Farm. Syok habis budak-budak tu sebab sini macam-macam ada. bunga, kaktus, sayur-sayuran dan mestilah strawberry.. Singgah di Big Red Strawberry Cafe, makan yogurt strawberry with honey, strawberry waffle dan strawberry ice-cream. yum.. yum.. 

Bergambar sekeluarga suh abg bangla tangkapkan.. Tengokla Aiman dan Athirah tuh.. Bergaya bukan main.. Dah besar rupa-rupanya anak-anak mama..

Keesokkan harinya selepas check out dan sebelum balik ke Ipoh, kami sekeluarga singgah pula di Butterfly Farm.. Selain rama-rama, kat sini ada juga serangga-serangga lain seperti ular, scorpion, cicak gecko yang rege ribu-ribu tu ngan macam-macam jenis serangga lagi.

Bergambar kenang-kenangan bersama-anak-anak..

Syok kan sekali-sekala makan angin bersama keluarga.. Ok, next place tak tahu lagi ke mana.. Pergilah bercuti.. Mungkin dengan bercuti dapat menghilangkan stress dan penat bekerja... Lagipun hubungan kekeluargaan makin bertambah erat.. Tak caya.. cubalah.. 

Thursday, November 4, 2010

Koleksi Sabun Hotel..

Salam.
Ha.. Ni adalah diantara koleksi sabun-sabun dan syampu-syampu hotel yang ada dalam simpanan Zue.. Rasanya ada lebih kurang 10 - 15 hotel tuh... Ni kiranya hobi jugak la.. Bukan Zue je, husband pun sama. Zue nak cari lagi.. Ada sesape nak kasi Zue? Rasa-rasa nak buang tu ada baiknye kasi kat Zue..

House Of Soap 1

House Of Soap 2

Tuesday, October 26, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Assalamualaikum wbt..
Tanggal 14hb Oktober yang lalu, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2010 Peringkat Negeri Perak telah pun diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Lenggong. Seramai lebih kurang 100 orang penerima anugerah dari seluruh MARA negeri Perak. Walaupun bukan Zue yang dapat tapi Zue juga merupakan orang kuat di hari tersebut (hehehe.. perasan jap). Zue ditugaskan untuk menjaga cenderahati dan sijil penerima anugerah (belakang tabir je).. Zue yang turut sama di majlis tersebut hanya duduk di belakang stage je.. huhuhu..

Atas stage, dari kiri Pengarah MARA Negeri Perak, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan dan Pengetua MRSM Lenggong. 

Barisan penerima anugerah dari Pej MARA Negeri Perak - dari kiri En. Ahamad Taib, En Salim Yahaya (CC baru bersara), En Zahari (bos zue daa..), En Ariffin Salim dan En Mohd Fadli Mohd Razali.

Ehemm.. ehemm.. kami bertiga yang jaga cenderahati dan sijil penerima anugerah.. Zue, Yati dan Jaja..

Cenderahati kepada Timbalan Ketua Pengarah dan sijil..

Bos Zue (Pegawai MARA Daerah Kinta) di antara penerima anugerah.

Kesemua Penerima Anugerah daripada Pej MARA Negeri Perak.

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PMN Perak...

Salam...

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri kali ini dibuat pada 24hb September bersamaan dengan 15 Syawal 1431H. Majlis dibuat bersama dengan majlis perpisahan Tn Syed dan En Mahyuddin yang bertukar ke MARA Selangor.. Majlis ringkas tapi best...

Antara yang hadir termasuklah kakitangan MARA Daerah di seluruh Perak.

Tn Syed menerima cenderahati daripada Pengarah.. Byk kenangan bersama Tn Syed.. Bekas bos Zue juga..
Terima kasih bos di atas kepercayaan yang diberikan pada Zue selama kita berkhidmat bersama..

En Mahyuddin yang sangat-sangat kiut.. Paling ceria dan paling comel antara semua Pegawai Daerah..

Bersama Pengarah.. Sue yang sedondon ngan Pengarah.. Mentang-mentanglah PA.. hehehe.. Jgn marah Sue..

Cerianya kaum hawa..

Ala Zam.. Nak Akak sendukkan jugak..

Melaram..

Sepakat pakai warna kelabu tapi Yati spoil pakai purple..

Kenangan bersama Roza (yg bertukar ke PMN Selangor juga)..

seronoknya..