Hari Keluarga bagi Jabatan husband kali ni berlangsung di Cameron Highlands iaitu pada 30 & 31hb Oktober yang lalu. Di kesempatan ini juga Zue dan husband decided untuk stay di sana selama 3 hari 2 malam terus sambung ke 1hb November. Saje bawak anak jalan-jalan makan angin.
Buku aturcara program.
Sempat bergambar dalam perjalanan ke Cameron Highlands.
Tiba di Cameron Highland betul-betul waktu maghrib. Bertolak pukul 3 lebih dari Ipoh tapi rupa-rupanya jalan jem hampir 2 jam disebabkan oleh Pasar Malam di pekan Brinchang betul-betul dkt dengan hotel Star Regency yang kami menginap tu. So, pengajarannya, jgn lah pegi ke Cameron Highlands pada hari Sabtu.. Jenuh nunggunye.. Sampai-sampai terus bersiap, solat maghrib. Malam acara diteruskan dengan dinner steamboat, karaoke, pakaian beragam kanak-kanak dan cabutan bertuah. Tapi malam tu tak bertuah pun kami sekeluarga sebab tak dapat hadiah pun..
Pagi sebelum acara bermula.. posing maut tak hingat..
Aiman dan Athirah masuk peraduan mewarna tapi tak menang sebab deme kena warna atas simen yang menggerutu kalau tak jawabnya Athirah lah pemenangnya sebab si kecik ni memang pandai mewarna..
Boring tunggu papa masuk banyak sangat acara, Zue bawak anak-anak ke taman permainan berdekatan. sambil main, hirup udara segar pagi.
Ha.. tu dia.. acara bola sepak kain pelikat lawan kain batik.. hehehe.. husband group kain pelikat menang la apalagi..
Petang bila semua dah balik, kami sekeluarga masih menetap di sini satu malam lagi. Kami check in di Hotel Rossa Pasadena. Dalam pukul 4 lebih lepas asar, bawak anak-anak ke Big Red Strawberry Farm. Syok habis budak-budak tu sebab sini macam-macam ada. bunga, kaktus, sayur-sayuran dan mestilah strawberry.. Singgah di Big Red Strawberry Cafe, makan yogurt strawberry with honey, strawberry waffle dan strawberry ice-cream. yum.. yum..
Bergambar sekeluarga suh abg bangla tangkapkan.. Tengokla Aiman dan Athirah tuh.. Bergaya bukan main.. Dah besar rupa-rupanya anak-anak mama..
Keesokkan harinya selepas check out dan sebelum balik ke Ipoh, kami sekeluarga singgah pula di Butterfly Farm.. Selain rama-rama, kat sini ada juga serangga-serangga lain seperti ular, scorpion, cicak gecko yang rege ribu-ribu tu ngan macam-macam jenis serangga lagi.
Bergambar kenang-kenangan bersama-anak-anak..
Syok kan sekali-sekala makan angin bersama keluarga.. Ok, next place tak tahu lagi ke mana.. Pergilah bercuti.. Mungkin dengan bercuti dapat menghilangkan stress dan penat bekerja... Lagipun hubungan kekeluargaan makin bertambah erat.. Tak caya.. cubalah..
















0 Pendapat/ komen:
Post a Comment