Link Exchange Promotion

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Sunday, March 16, 2014

PRAY FOR MH370


Tika coretan ini ditulis, MH370 masih belum ditemui..

Tanggal 8.3.2014 dunia telah dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang berlepas dari KLIA ke Beijing. Muslihat apakah sebenarnya? Di mana MH370 berada? Masuk hari ini sudah 8 hari ia menghilang. Pelbagai spekulasi kita dengar namun belum pasti yang mana satu yang benar. Jadi, kita sebagai umat manusia dan beragama Islam seharusnya menginsafi segala kejadian yang dianggap ujian buat kita. Fikirkan sejenak, mengapa semua ini di takdirkan berlaku.

Wahai kaum muslimin dan muslimat semua, marilah kita menegakkan kebenaran. Jauhi segala kemungkaran, kembalilah ke jalan yang benar dan lurus. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas setiap apa jua pun yang kita lakukan. Jika tersasar, ayuh kembalilah segera ke pangkuan jalan. Allah bersama-sama orang yang bertaubat..

Solat hajat di lakukan di atas Kapal oleh tentera-tentera ketika melakukan operasi pencarian.


Solat Istiqsa dan Solat hajat di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh.

Solat hajat oleh guru-guru dan para pelajar SK Clifford, Kuala Kangsar.

Seluruh pelusuk dunia menantikan kemunculanmu MH370. Sama-samalah kita berdoa. Doakan yang terbaik buat mangsa-mangsa dan ahli keluarga mangsa. Amin Ya Allah..