Link Exchange Promotion

Tuesday, October 26, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010

Assalamualaikum wbt..
Tanggal 14hb Oktober yang lalu, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MARA 2010 Peringkat Negeri Perak telah pun diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Lenggong. Seramai lebih kurang 100 orang penerima anugerah dari seluruh MARA negeri Perak. Walaupun bukan Zue yang dapat tapi Zue juga merupakan orang kuat di hari tersebut (hehehe.. perasan jap). Zue ditugaskan untuk menjaga cenderahati dan sijil penerima anugerah (belakang tabir je).. Zue yang turut sama di majlis tersebut hanya duduk di belakang stage je.. huhuhu..

Atas stage, dari kiri Pengarah MARA Negeri Perak, Timbalan Ketua Pengarah Khidmat Pengurusan dan Pengetua MRSM Lenggong. 

Barisan penerima anugerah dari Pej MARA Negeri Perak - dari kiri En. Ahamad Taib, En Salim Yahaya (CC baru bersara), En Zahari (bos zue daa..), En Ariffin Salim dan En Mohd Fadli Mohd Razali.

Ehemm.. ehemm.. kami bertiga yang jaga cenderahati dan sijil penerima anugerah.. Zue, Yati dan Jaja..

Cenderahati kepada Timbalan Ketua Pengarah dan sijil..

Bos Zue (Pegawai MARA Daerah Kinta) di antara penerima anugerah.

Kesemua Penerima Anugerah daripada Pej MARA Negeri Perak.

0 Pendapat/ komen:

Jangan Lupa Sign Guestbook Dulu...