Link Exchange Promotion

Saturday, October 31, 2009

Beg baru Aiman dan Athirah...



Cantikkan beg-beg ni?
Zue tempah khas kat blog zulaikhacrafter.blogspot.com.
Khas buat anak-anak pegi tadika...
Tengoklah gelagat Aiman dan Athirah tu... seronok bukan main...
Dapat beg baru lah katakan...

Monday, October 26, 2009

Bersantai ke Lost World Of Tambun








Salam.

Seronok betul bersantai kat Lost World ni... Untuk pengetahuan semua ia terletak 1km dari rumah Zue... dekat je...
Sebenarnya hari ni 24hb perancangan ofis ke Family Day di Hot Spring Sg Klah, alih-alih tarikh ditunda pada 1.11.2009. Apa nak wat, dah janji ngan anak-anak so program kami terus ke sini. 4 family je yg datang, family Zue, Yatie, Sue and Azhar. Tak lupa juga adik dan adik ipar serta 2 org bujang ofis iaitu Zam dan Mas.
Memang seronok... tapi yang paling best anak-anak la... mak-mak dan bapak-bapak tumpang seronok lah jugak... Enjoy the pics...

Friday, October 23, 2009

Tempahan Tuala Sulaman Nama




Cantik tak? Ok... Tuala-tuala ni abang zue yang watkan untuk anak buahnya.
Actually Abang Zue (abg kandung) ambik tempahan.

Tuala sendiri
Nama sahaja tak melebihi 10 alphabet - RM10.00
Nama dan corak - RM15.00

Ok... ada sesape nak tempah boleh la contact Zue kay...

Adios...

Jom Join Kite....


Salam...
Hai-O Marketing akan mengadakan Sambutan Perayaan Ulangtahun Yang Ke 17 pada 15 November 2009 ini di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor. Ada pelbagai aktiviti yang diadakan termasuklah Persambahan Dato' Siti Nurhaliza dan cabutan bertuah berupa Honda Accord sebagai hadiah utama. Jom kite beramai-ramai memeriahkan lagi sambutan ulangtahun Hai-O Marketing...

Thursday, October 15, 2009

Hubby masuk paper lagi...



Emmm... lagi-lagi hubby masuk paper...
Gambar tengah kasi sumbangan kat orang susah...
Masa ni tgh wat program jamuan aidilfitri di Pejabat Mukim...
Gambar ni kira kenangan-kenangan la sebab tu Zue abadikan dalam blog...
Chaiyuk... Chaiyuk pa... Mudah-mudahan apa yang kita hajatkan jadi kenyataan... Amin...