Link Exchange Promotion

Sunday, February 13, 2011

Mirip Siapakah Anak-anakku ini?

Assalamualaikum wbt...

Saje suka2 posting gambar anak-anak Zue ni.. suka tengok pembesaran diaorang yang penuh dengan suka-duka.. bergaduh, gelak ketawa.. kena marah pun selalu.. hahaha..

Agak-agak kengkawan la.. diaorang ni mirip muka sape ye? More to Zue or Hubby?




Friday, February 11, 2011

IT'S MY BIRTHDAY..

Assalamualaikum wbt...

Semalam Besday Zue yg ke 32 tahun.. Zue cuti celebrate ngan hubby sebab dia pun ambik cuti utk layan wife dia ni.. Hari yg bermakna ni kami penuhkan dengan aktiviti ber'dating' berdua-duaan.. hehehe..
Anyway thank you very much to hubby, kak aireen (baked the lovely cup cakes), sue (deliver the cc to my officemates), yati n all that wishes me.. hahaha..

My birthday cake bought by hubby.. Nice deco.. I love it.. Blueberyy cake..

Cupcakes baked by Kak Aireen..

My birthday present from hubby... Thanks sayang..

Me and my love.. Tok Penghulu.. hehehe..

Thursday, January 27, 2011

Cuti-cuti Malaysia ke Melaka..

Assalamualaikum wbt...

Percutian keluarga ke Melaka ni pada 19-21 Disember tahun lepas.. Disebabkan terlalu busy dengan kerja-kerja akhir tahun jadi ni la baru dpt upload gambar-gambar di Melaka ni...

Petang sampai di Melaka terus check in hotel. Lepas solat kami keluar pusing pekan Melaka. Sempat lagi naik River Cruise.. 

Permandangan Melaka di waktu malam.

Keesokkan harinya kami pergi ke Taman Buaya dan Zoo Melaka. Ni antara replika-replika yang ada di Taman Buaya.. 

Ngan Aiman..

nampak tak ular albino kat belakang tu.. ee.. takut...geli...

Aiman dan Athirah... Diaorg ni spesis takut binatang... dari jauh berani le..

Kat Taman Buaya.. Aiman n Athirah terjerit-jerit takut bila Papa diaorg dukung utk tgk buaya..

Lepas ke taman Buaya, kami sekeluarga sempat lagi naik kereta lembu.. kenang-kenangan utk anak-anak bila diaorg besar nanti..

Gambar sefamily di Zoo..

Petang pulak ambil kesempatan naik beca ronda-ronda bandar hilir..

Singgah kat tgh2 bandar hilir yang ada coach keretapi ngan kapal terbang..

Anak-anak depan kapal terbang.. ee..wahh..

Meriam kat depan A Famosa...
Tak lupa juga 'shopping'..

Minum petang kat belakang Muzium Maritim..

Hari terakhir di Melaka ambil kesempatan naik Menara Taming Sari.. best ooo...

Anak-anak la paling excited...

Dari atas Menara leh nampak seluruh bandar Melaka... cantik permandangannya..


Pemandangan dari atas Menara Tamingsari...

Lepas check out hotel, anak-anak plak ajak pg Melaka Wonderland..

Kebetulan pada hari tu ada maskot-maskot Dinosour ni.. Memang syok le..

Thursday, January 20, 2011

Bengkel Aksesori Dawai bersama Yatisalem@Rizqmiecreations...

Salam.

Pada 16hb Januari yang lepas bersempena dgn birthday hubby yang di'celebrate' di KL, Zue telah mengesahkan kehadiran bengkel Aksesori Dawai bertempat di Tkt 3, Pertama Complex, Kuala Lumpur. Memang satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan bila Zue bertemu dengan Kak Yati penulis buku Aksesori Dawai merangkap cikgu di bengkel tersebut.

Berkobar-kobar belajar wat aksesori sampai kebas-kebas tgn dibuatnya.. hehehe.. memang best sebab lepas ni kalau setakat nk wat bangle utk anak@diri sendiri tak payah susah2 beli.. buat je sendiri.. Zue berharap lepas ni dapat ikuti kelas lanjutan pula..


Ni lah Kak Yati (bj putih) dari Rizqmiecreations..

Tekun belajar..

Antara aksesori yang Zue buat...

Birthday Hubby...

Assalamualaikum wbt...

Dah lama juga Zue tak update blog ni.. Sebelum tu rasanya tak terlambat lagi utk Zue ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011.. Tahun ni Zue busy sikit sebab anak Zue yg sulung melangkah ke alam persekolahan Darjah 1. Ye lah kan.. anak sulung, semuanya nak disiapkan awal-awal takut nanti ada yang lupa.. Alhamdulillah Aiman memang suka dengan sekolah barunya ni.. Dapat berdikari dan jumpa kawan-kawan yang ramai.. Harapan sebagai ibu bapa tentunya nak tengok anak kita jadi orang yang berguna suatu hari nanti, tul tak?

Entry kali ni Zue nak share ngan kengkawan tentang birthday hubby yang ke 34thn yg disambut dalam bilik hotel je.. di Kuala Lumpur.. Bukan semata-mata nk sambut birthday hubby ni p KL ye, alang-alang Zue ada bengkel 'wire jewellery' kt KL, so birthday hubby pun di celebrate sefamily di KL..

Kek chos moist Zue tempah khas dari Ipoh.