Link Exchange Promotion

Monday, November 30, 2009

Ibadah Korban di Kuarters Ofis...

Salam...

Jom layan program yang kami anjurkan baru-baru ni... 30/11/2009. Memang masa ni semua nak tunjuk bakat masing-masing... Ada yang memasak, melapah lembu, menyiang bawang, yang kena tanduk dek lembu pun ada. Aduhhh.. sakit weiii.. Ee..wahhh... Zue pun tak ketinggalan tunjukkanlah skill memasak... Masak daging goreng kunyit je tapi nyum..nyum.. abih licin...


Gelagat kaum hawa...


Gelagat kaum wanita... pilih-pilih mana satu nak wat calon... hehehe...


Zue n the gang... Tunjuk bakat memasak...


Zue suka gambar ni... Kawan-kawanku yang kusayang... Suka dan duka dikongsi bersama...

Ibabah Korban...

Salam...

Ibadah korban memang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidiladha. Tak ketinggalan juga yang dibuat dekat ngan rumah mak ni... Apa yang menariknya kali ni Wahid Senario (umah mak mertua dia dkt ngan umah mak Zue)sendiri yang menyembelih lembu-lembu kat sini. Ada 8 ekor semuanya dan hampir separuh daripadanya disembelih oleh Wahid ni... Alhamdulillah... Ada gak artis yang menjadi Rakan Masjid dan bersama-sama memeriahkan ibadah ni... Zue ambik kesempatan snap beberapa keping gambar nie... Jom layannn.....




Wahid yang pakai kopiah putih tu...

Wednesday, November 25, 2009

Salam Aidiladha...

 
Mata Kadang Tersilap Memandang,
Telinga Kadang Tersalah Mendengar,
Mulut Kadang Terlepas Berucap,
Hati Kadang Terlajak Menduga,
Mohon Maaf Segala Khilaf Yang Pasti Ada,

Dalam Kerendahan Hati,
Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta,
Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Gurau Senda,
Ada Khilaf Dosa,
Selamat Hari Raya....

Tuesday, November 24, 2009

Baju Raye Kak Nora...

Salam...

Baju ni baju raya Kak Nora, ofismate... Zue baru berkesempatan nak jahit baju dia setelah sekian lama berehat... Simple je, manik beriring 2 layer dan highlight bunga di baju. Lepas ni ada lagi sepasang baju Kak Nora... Tunggu...

Monday, November 23, 2009

Hari Keluarga Jabatan Penerangan, Kuala Kangsar.

Assalamualaikum wbt...

Family day JAPEN Kuala Kangsar 21-22 Nov. 2009 ni Zue sekeluarga turut hadir je. Itu pun sebab hubby terlibat sepenuhnya dalam Program Komuniti Bestari mukim dia jaga. Program dibuat kat Crystal Bay, Teluk Batik. Antara programnya... dinner BBQ, Karaoke, Cabutan Bertuah yang diadakan sebelah malam. Pagi esoknya sukan keluarga tapi Zue tak dapat join sebab hubby dah tergesa-gesa nak balik, rushing nak pegi meeting kat JB. Yang seronoknya plak... kami sekeluarga dapat 4 helai T-Shirt JAPEN free...