Link Exchange Promotion

Friday, November 20, 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Tadika Arena Bistari 2009

Salam...

Alhamdulillah... Tahun ni anak-anak Zue masing-masing dapat No. 1... Berkat kerajinan diaorang jugak... Zue ni bukanlah mama yang kejam nak kerah diaorg buat keje, baca buku... memandangkan masing-masing masih kecil baru 4 dan 5 tahun. Tapi apa yang Zue nampak, anak-anak Zue ni memang rajin bertanya dan banyak buat keje-keje sekolah... Bila Zue tanya Cikgu diaorang Cikgu kata " Bila takde keje sekolah, Aiman mesti akan mintak... Kami tak galakkan sangat keje byk2, 6 tahun barulah kami bagi, tapi anak-anak puan ni lain sikit, memang rajin buat homework.." Kembang kuncup la hidung Zue ni dengar macam tu... Sejuk hati seorang ibu...


Seronok tengok gelagat budak-budak ni... macam baru abis konvo je..


Aiman dapat Pelajar Terbaik 5 tahun dan Matapelajaran Matematik Terbaik...


Athirah Pelajar Terbaik 4 Tahun...





Wednesday, November 18, 2009

1 Keluarga Hai-O, Stadium Melawati, Shah Alam

Salam...
Hai kengkawan semua... Nak join bisness hebat? Jom join kite... Hai o lah...
Memang hebat... Produk pun hebat...
Baru-baru ni tanggal 15.11.2009 Zue ke Shah Alam menghadiri Motivasi Moving Up sebelah pagi dan penganugerahan CDM di sebelah petang... turut diadakan perlantikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta Hai-O yang baru serta beberapa nyanyian khas Datuk CT kepada semua usahawan hebat Hai-O... Memang berbaloi kawan-kawan... Bak kata pepatah "Siapa yang usaha lebih, dia akan dapat lebih..." Betul tak? Jom tengok gambar...


Motivasi Moving Up oleh Profesor Tn Hj Hanim Bin Tahir... Penuh dewan dengan usahawan TNPOD8581 seluruh Malaysia...


Tengoklah kemeriahan Stadium Melawati... Zue rasa ada la dalam 10K usahawan Hai-O... Fuhh... Memang hebat... Kereta mewah merata-rata...


CDM Noor Hafsah Bt Sulaiman. Sebaya Zue baru 30 tahun tapi income jgn cakap... Berkepuk-kepuk duitnya... Asal CDM ni kawan sekolah rendah Zue satu kelas... Best friend jadi kaya... Jealous you... dari Pensyarah Poli sanggup berenti wat bisnes ni...


Persembahan Datuk CT sebelah petangnya disambung dengan cabutan bertuah merupakan Honda VTec sebagai hadiah utama... Tapi Zue tak dapat... isk..isk..isk..

Thursday, November 12, 2009

Anak-anak di Suria Apartment...

Anak-anak tak boleh lupa. Gelagat Si Teruna dan Si Dara sewaktu dalam apartment yang mencuit hati. Kenang-kenangan kan... nanti bila diaorg dah besar mesti dia orang gelak sendiri tgk perangai masing-masing...



Reunion Ex-Idrisiah Kuala Kangsar di Suria Apartment, Bukit Merah.

Assalamualaikum wbt....

Eh... ni cerita tentang hubby punya reunion tau bukan Zue... Best, bila wat gathering jumpa kawan-kawan lama balik. Kebetulan pulak, ada diantara kawan hubby ni kawan Zue waktu sesama di UiTM Manjung 1997-2000. Em.. Kawan-kawan hubby ni boleh dikatakan semua berpangkat besar... uii.. takut dibuatnya... ada lawyer, businessman,ADO dan paling ramai cikgu la... Jom tengok gambar...


Antara cenderamata yang dapat...


Aktiviti - makan malam dan nyanyian lagu sekolah...


Kat lobby bawah apartment...


Pemandangan dari atas kolam renang di Suria Apartment, Bukit Merah... Zue and family stay kat tingkat 6...


Gelagat anak-anak berenang di kolam renang...

Wednesday, November 4, 2009

Family Day di Hot Springs, Sg Kelah





Assalamualaikum wbt....

Baru nak upload gambar-gambar family day ni... Alhamdulillah, dah tamat satu lagi acara tahunan terbesar Badan Kebajikan ofis Zue... Seronok, letih, puas dan macam-macam lagi perasaan yang ada dalam benak hati ni. So far, banyak yang positive dari negative... Bagus program-program macam ni, sekurang-kurangnya kita dapat merapatkan ukhwah kekeluargaan family kita yang kita jarang-jarang jumpa... Selamat menjamu mata kay...