Alhamdulillah.. Ekspedisi ke Royal Belum telah selamat diadakan pada 23-24hd Oktober yang lalu. Ekspedisi ini terdiri daripada kakitangan Pejabat MARA Negeri Perak dari golongan bawahan dan juga atasan. Tapi bila dah sampai sini, pangkat dah tak diambil kira.. semuanya sama. Perjalanan bermula dari Pejabat MARA Ipoh terus ke Jeti Tasek Banding menaiki kereta. Masing-masing SOV. Tlg top up minyak je la.. Seterusnya perjalanan ke Royal Belum menaiki boathouse. Wahhh.. tak sangka boathouse ni memang best.. semua kemudahan ada..
Bergambar waktu mula-mula sampai..
Sampai-sampai je terus masak tengahari. Ha.. tgk tu minah2 dapur.. Sempat berposing lagi..
Makan tengahari kat ruang tamu boathouse.. Makan beramai-ramai.. Walaupun berlaukkan ikan masin dan sardin je tapi itu pun dah cukup menyelerakan.. Yumm..Yum.. lapor yg betuinye..
Ha.. dah sampai kat tengah tasek Belum yang ambik masa kira-kira 1 jam setengah dari jeti. Kat sini lah kami parking boathouse dan bermalam.. Tengah hutan tu yeop/yong.. seramm.. oppss.. jaga mulut...
Ni nak promote boathouse yang kami naik.. best tak? semuanya ada termasuklah set karaoke yang xde gambarnya dalam tu..
Belum apa-apa lagi perkara pertama sampai kat Tasek Belum adalah terjun tasek.. hahaha.. walaupun x tau berenang tapi syok habis.. Zue sempat hanyut 100m sebab x reti nak apungkan diri walaupun pakai safety jacket.. huhuhu...
Antara perenang yang sanggup ambik risiko...
hehehe.. ada sesape nk join????
Selepas solat Zohor, xtvt diteruskan dgn melawat perkampungan orang asli.. Perjalanan ambik masa lebih kurang sejam dari parking boat tadi. Gambar boathouse 2 tingkat ni bukan kami punya ye.. saje nk tunjuk rupa boathouse..
Lenguh kaki duk dalam bot lama-lama.. Dalam perjalanan ke perkampungan orang asli..
Dh smpai Kg Sungai Tiang..
Kita patut berbangga sebab dah ada macam-macam kemudahan kt tempat kita.. Tgk la org asli masih tak berbaju.. Siann..
Bergambar kenang-kenangan..
Sekolah untuk anak-anak orang asli..
Ehh.. sempat lagi Tarmidi ngan Nik panjat pokok nangka ambik buah..
Bersama Penghulu Kg Sg Tiang..
Dah penat berjalan, malam kami adakan barbeque.. dapat 4 ekor ikan sebarau.. jadile.. lainnya macam ayam, sosej kami bawa dari Ipoh..
Muka-muka yang siang ikan sebarau.. Nik ngan Irman..
Keesokkan pagi kami buat Jungle Tracking Ke Sg Papan Royal Belum.. Zue yang penakut ngan pacat ni pakailah protection utk elak dari pacat tapi kaki Zue yg plg byk naik pacat.. huhuhu...
Ehh.. Azhar n Nik berebut tahi gajah.. bawak-bawak bertenang.. Bkn leh mkn pun..
Titi gantung yang disediakan..
Nik tangkap gambar kami dari atas pondok pemerhati rusa minum di waktu malam..
Ha.. kan dah kata.. kaki ku yang diminati 3 ekor pacat.. wuaaa.....
destinasi terakhir kami singgah di air terjun royal belum... punyalah jauh tracking sampai 2 kali Zue jatuh baru sampai.. sejuknye Tuhan je tahu...
rupa-rupanya kat sini banyak ikan.. mmg lubuk ikan pun.. jinak ya amat.. sua je roti berpuluh ekor dtg...
Tgk la gelagat Nik kasi ikan makan.. Syok tak hingat...
Bergambar kenangan bersama guide yang bawak kami sepanjang xpdc ni..
Cee...wahhh...
Depan boathouse.. Geng-geng yang sporting and happening.. Jumpa lagi next trip ke Taman Negara..
Wajah-wajah dari MARA Ipoh..





















0 Pendapat/ komen:
Post a Comment