Link Exchange Promotion

Wednesday, October 6, 2010

Family Day MARA Perak 2010 ke Pulau Pangkor...

Assalamualaikum wbt..
Tanggal 2-3hb Oktober yg lalu Pejabat Zue buat family day di Pulau Pangkor.. Best sangat n very happening. Semua keluarga yang turut serta sangat sporting dan we enjoy it very much.. Jom cuci mata kat sini..

Zue sekeluarga atas feri menuju ke Pulau Pangkor..

Dalam feri Aiman dan Athirah lah orang yang paling excited..

Zue n the geng..

Sampai Pulau Pangkor pukul 3 lebih lepas check in di Purnama Beach Resort kami semua diberi taklimat oleh Pengerusi Badan Kebajikan MARA dan minum petang.. Pastu acara bebas... Zue n the gang x lepas peluang naik bot pusing pulau.. best tu..

Zue sekeluarga atas bot..

Seronoknyer.. sambil pusing pulau, guide bawak kami pg tempat snorkling jugak.. tgk ikan disamping beberapa buah pulau yang berbentuk macam ikan paus dan buaya..

Sebelah malam selepas makan malam dan barbeque, kami ada acara karaoke, cabutan bertuah dan pakain beragam kanak-kanak..

Tiba time husband Zue cabut no, Zue pulak yang terpanggil untuk ambik kupon.. Kebetulan.. Hubby Zue ambik kesempatan suh cium tangan, Zue bukan takat cium je peluk terus.. biar gempak.. satu hall gelak..

Anak-anak masuk pakaian beragam.. Aiman dapat no. 2, Athirah no. 4.. Cam x caya anak-anak Zue pandai gak bergaya atas stage..

Acara penutup malam tu, karaoke oleh Pengarah dan Timbalan bersama pasangan masing-masing.. Sporting gile.. Cayalah bos..

Keesokkan paginya lepas minum pagi, bermulalah acara sukan. Zue masuk isi air dalam botol ngan boling kelapa. Anak-anak pun masuk juge..

Husband menang side lelaki..

Zue and the geng Johan side wanita.. cayalah guys.. chaiyok.. chaiyok..

Amacam? best tak kengkawan? Kalau nak bercuti datanglah ke sini.. jumpa lagi kat tempat lain plak..


0 Pendapat/ komen:

Jangan Lupa Sign Guestbook Dulu...