Link Exchange Promotion

Wednesday, December 30, 2009

HAPPY NEW YEAR TO ALL...


Dikesempatan ini Zue ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2010" kepada semua pembaca-pembaca blog Zue, yang sign my guestbook, followers, to all the beaders, beaders fan, peminat-peminat dalam senyap (hehehe), dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong apa jua yang Zue lakukan. Tak lupa geng-geng ofis yang Zue sayang... thanks kerana berkongsi suka duka bersama... Harapan Zue semoga di tahun 2010, Zue akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada tak kira dari segi kerjaya, peribadi atau interest... HAPPY NEW YEAR... I LOVE U ALL...

A NEW YEAR;
A NEW START;
A NEW CHAPTER;
A NEW BEGINNING.
FORGET THE BAD,
CHERISH THE GOOD.

Wishing You & Your Family A Great, HAPPY NEW YEAR 2010..

Annual Dinner Royal College Of Medicine, Perak.



Salam...

Zue mendapat arahan daripada En Azizan untuk attend Annual Dinner nie ganti Timbalan Pengarah yang tak dapat hadir sebab bercuti... Emmm...Interesting... Dan Zue just nak share kegembiraan Zue hanya dengan kad dan sejambak bunga ni je la... Gambar lain tak dapat nak tunjuk sebab gambar tak jadi, malam dan gelap... Yelah suasana kat Level 10, Syuen Hotel, Ipoh. Semua staf RCMP memang berbakat dan bergaya malam tu. Tak ketinggalan Zue juga... tapi malangnya tak dapat nak show off baju yang Zue pakai malam tadi sebab takde sape nak snapkan gambar Zue... huhuhu... Yelah duduk ngan VVIP, nervous you... Sejambak bunga ni surprise dari RCMP untuk VVIP sahaja, bangga kejap pegang title VVIP...hehehe

Tuesday, December 29, 2009

Karnival Jualan Mega, Seri Iskandar

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Lagi satu program terbesar ofis selamat berlangsung pada 23-27 Disember yang lepas. Rasa happy sebab program berjalan dengan lancar. Geng-geng yang handle program ni memang sporting gile termasuk En Azizan (bos PUSMA)yang satu kepala... Paling best bila sekali lagi gandingan mantap Zue, Yatie n Sue bekerjasama dalam program ni. Kami memang serasi...


Majlis dirasmikan oleh YB Mohd Nizar Bin Zakaria Ahli Parlimen Parit (pakai baju biru muda)En Azizan (baju dark purple) dan bos Pasaraya Borong Sakan (gambar bawah tengah)


Badut memeriahkan program melayan kanak-kanak...


Selepas perasmian, YB dibawa melawat 50 gerai-gerai yang terdiri daripada 44 usahawan tempatan dan 6 usahawan luar Perak.


Zue and the geng...


Sue and Yatie, Zue and Yatie... Kami memang serasi...

Tuesday, December 22, 2009

Hubby di Suratkhabar Sinar 4 Disember 2009

 
Posted by Picasa


Salam...

Nak share sekali lagi ngan kengkawan hubby Zue yang aktif ngan kerjayanya nie... Keluar paper Sinar edisi Perak 4 Disember yang lepas. Tahniah pa! Semoga sentiasa success dalam kerjaya dan tugas...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

 
Posted by Picasa


Assalamualaikum waramatuhllahi wabarakahtuh. ..

" Ya Allah.Sempena Ma'al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar
insan yang membaca email ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya,
hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia
insan yang bertaqwa dan soleh. Amin."
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal
Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar
Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi
secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara
berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini
termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan
Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji
Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan
nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali
betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama
Muhajirin di Madinah.
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru
bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622
masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada
sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah
ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan
menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah
bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam.
Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah,
mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi
adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi,
apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru
hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini
bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah
pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak
pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi
tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu
dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti
solat mereka.

Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak
kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan
kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih
tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan
ini.

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum
masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku
dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun".

Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu
Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak
Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H

Tuesday, December 15, 2009

Teman-teman Ofis

Salam...

Just nak share bersama kengkawan. Ni semua kawan-kawan ofis Zue yang sporting-sporting belaka... Tanpa diaorang keje mesti tak dapat dibuat dengan sempurna. I love You All... Thanks for the cooperation, guys... Enjoy the pics...


Sunday, December 13, 2009

Lawatan Muhibbah Ke PMN Perlis Indera Kayangan

Assalamualaikum wbt...

Lawatan ni pada 5-6hd disember yang lepas. Memang seronok walaupun dalam 20 orang je yang pergi. Kawan-kawan semua happening... Kenangan ni merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila dan Zue akan plan for the next trip. Melaka atau Negeri Sembilan...


Dalam bas sewaktu perjalanan pergi ke Perlis...


Tiba di PMN Perlis acara dimulakan dengan makan tengahari disusuli dengan program perlawanan persahabatan sukan dalaman je... Antaranya Karom, Congkak, Dart...



Setelah selesai solat Zohor, kami berkunjung ke Gua Kelam... Best kalau pegi Perlis tak singgah sini memang rugi...


Malam - sebelum makan malam kat Kuala Perlis sempat singgah bergambar di tepi pantai/jeti Kuala Perlis. Angin sepoi-sepoi bahasa. Zue dan kawan-kawan sempat berposing...


Keesokan harinya sebelum bertolak balik ke Ipoh, bershopping ke Wang Kelian dan Padang Besar... Hehehe... wang manyak abih ooo....

Sunday, December 6, 2009

Jemputan Khas Pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal 2010

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ni Zue mendapat jemputan khas dari FTIMdc untuk menyertai Pertandingan Piala Sulaman Manik Kristal 2010. Zue belum buat keputusan untuk masuk atau tidak memandangkan tahun 2009 dan 2010 Zue memang sibuk ngan keje-keje ofis disamping jawatan sebagai Biro Kebajikan ofis yang memang nak meng'havoc'kan staf-staf dengan macam-macam aktiviti yang orang tak boleh lupa...

Insyaallah kalau Zue terdetik untuk masuk apa salahnya mencuba kan?



Thursday, December 3, 2009

Ada sesape nak join Karnival Jualan Mega?????....

Assalamualaikum wbt...

Adalah dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti di bawah:-

Tarikh : 23 Dis - 27 Dis 2009
Tarikh Masuk : 22 Dis 2009 ( jam 4.00 petang - 6.00 petang)
Tarikh keluar : 27 Dis 2009 (jam 9.00 mlm)
Tempat : Pasaraya Sakan Bandar Sri ISKANDAR Perak Tengah Perak
Masa Program : 10.00 pagi - 10.00 mlm
Keluasan Lot : 10' x 10'
Bayaran : RM 200.00

Tuan/Puan adalah diminta supaya mengesahkan kehadiran secepat yang mungkin. Penyertaan adalah mengikut 'first come first basis'.

Kalau ada sesape yang berminat leh contact ZUE - 017-5915820. Zue akan faxkan maklumat beserta borang penyertaan. Jom lah join... 5 hari RM200 je...

Wednesday, December 2, 2009

Rose In The Garden - Kak Nora




Salam semua...

Kita dah tiba dipenghujung tahun 2009... Emmm byk betul kenangan suka dan duka tahun ni.. Tapi nanti kita citer, jom layan baju merah Kak Nora dulu....

Jangan Lupa Sign Guestbook Dulu...